WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

THAILAND CADANG WAJIBKAN CAJ INSURANS ATAS PELANCONG

Pada tahun 2018, 2.1 juta pelancong dilaporkan melawat Nakhon Nayok, Thailand


Back To Whats Hot

Pejabat Suruhanjaya Insurans (OIC) Thailand sedang mempertimbang untuk mengenakan caj insurans 20 baht (RM2.70) terhadap setiap individu yang masuk ke negara itu bagi tujuan melancong.

Insurans tersebut jika dikuatkuasa hujung tahun ini dapat menanggung kos kematian pelancong sebanyak 1 juta baht (RM134,944.50) dalam tempoh masa sebulan.

Di bawah cadangan itu, setiap pelancong di negara Thailand diarahkan membuat pembayaran di imigresen lapangan terbang, menurut Setiausaha Agungnya, Suthiphon Thaveechaiyagarn.

Beliau juga menyeru supaya setiap agensi pelancongan mengenakan caj insuran ini terhadap setiap pelanggan bagi tujuan perlindungan.

Jika gagal mengenakan caj, agensi pelancongan dicadangkan boleh dikenakan denda sebanyak 500,000 baht (RM67,494).

Perkara ini dicadangkan susulan kematian 47 pelancong dari negara China akibat satu kejadian bot karam di Phuket baru-baru ini.

Sumber: AWANI