WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PENGARAH AQUAMAN KELAHIRAN MALAYSIA UMUM PERTUNANGAN

Pengarah filem Hollywood kelahiran Malaysia, James Wan mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR - Pengarah filem Hollywood kelahiran Malaysia, James Wan mengumumkan sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita melalui Instagram dan Facebooknya.

James Wan yang dilahirkan di Kuching, Sarawak berkongsi beberapa keping gambar dirinya bersama tunangnya.

Dalam kapsyen, James menulis ringkas: "Saya telah bertunang dengan wanita yang menakjubkan serta cantik ini!"

Pengarah yang berjaya mencipta fenomena menerusi filem terbaru arahannya, Aquaman yang mencatatkan kutipan pecah panggung baru-baru ini memilih wanita kacukan Jerman-Romania bernama Ingrid Bisu.

Selain Aquaman, James sudah banyak mengarahkan filem pecah panggung lain seperti Saw, Dead Silence, Insidious dan The Conjuring termasuk Furious 7 yang merupakan filem keenam yang mengutip kutipan minggu pembukaan tertinggi sepanjang zaman iaitu AS$397 juta (RM1.6 bilion).

Dalam pada itu, menerusi kemas kini Instagram wanita tersebut, dia turut berkongsi berita yang sama.

"Rasmi yang akhirnya boleh umumkan kami sudah bertunang (sudah lima bulan namun kami merahsiakannya)," kongsi Ingrid.

Sumber: Kosmo! Online