WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

ERRA FAZIRA MOHON MAAF KEPADA UMIE AIDA

Erra Fazira mengakui bahawa dia telah melakukan kesilapan yang sama sebanyak tiga kali


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR- Primadona filem Melayu, Erra Fazira membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakan artisnya, Datin Seri Umie Aida selepas beberapa hari mereka dikatakan sedang berperang dingin.

Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 45, mengakui bahawa dia telah melakukan kesilapan yang sama sebanyak tiga kali sehingga Umie tidak lagi mampu memaafkan kesalahan tersebut.

“Ini adalah pencerahan daripada pihak saya. Saya manusia biasa yang ada buat salah dan pernah menyakiti hati teman saya, Umie Aida.

“Dia sudah memaafkan saya sebelum ini, namun saya telah mengecewakan Umie buat kali ketiga,” tulisnya dalam status Instagram yang dimuat naik sebentar tadi.

Tambah pelakon filem Sembilu itu lagi, Umie pernah menghantar mesej secara baik dan mengenali Umie, dia tahu wanita itu tidak akan bersuara tanpa sebarang bukti yang kukuh.

“Saya harap dengan pengakuan ini, semua pihak berhenti berbalah. Saya belajar daripada kesilapan saya dan akan baiki kekurangan saya.

“Saya mohon maaf sekali lagi kepada semua dan Umie,”katanya lagi.

Terdahulu, perang dingin antara dua aktres yang bersahabat baik ini mula dihidu peminat apabila mereka saling berhenti mengikuti laman sosial masing-masing dan Umie mula memuat naik status berbaur kecewa dalam akaun Instagramnya.

Sumber: Kosmo! ONLINE