WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

HARAPAN SAKSI JAMES BOND IBAN PERTAMA TIDAK KESAMPAIAN

Aktor Inggeris, Daniel Craig, dinamakan sebagai peneraju watak utama filem James Bond ke-25


Back To Whats Hot

Aktor Inggeris, Daniel Craig dinamakan sebagai peneraju watak utama filem James Bond ke-25, sekaligus memadamkan spekulasi dan harapan peminat Malaysia agar watak itu dipegang pelakon berdarah campuran Iban-Inggeris, Henry Golding.

Perkara berkenaan disahkan penerbit filem itu pada Khamis.

Filem ini bakal menjadi filem James Bond kelima Craig.

Beliau merupakan pelakon ke-enam yang memegang watak ejen 007 sejak francais James Bond dicipta.

Ia bakal menjalani pengambaran di beberapa lokasi, termasuk Jamaica.

Selain itu ia juga akan dibintangi nama-nama besar lain, antaranya pemenang Oscar, Rami Malek yang menjayakan watak Freddie Mercury dalam filem "Bohemian Rhapsody".

Selain Golding antara nama yang pernah disebut mengantikan Craig untuk watak James Bond ialah pelakon drama bersiri The Bodyguard, Richard Madden.

Sumber: AWANI