• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

PIHAK BERKUASA NEW YORK SIASAT FACEBOOK DEDAH 1.5 JUTA EMEL TANPA IZIN

Satu siasatan berhubung kes pengumpulan maklumat email pengguna Facebook, tanpa izin terhadap lebih 1.5 juta pengguna laman sosial


Back To Whats Hot

NEW YORK: Satu siasatan berhubung kes pengumpulan maklumat emel pengguna Facebook, tanpa izin terhadap lebih 1.5 juta pengguna laman sosial tersebut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa New York.

Peguam Negeri New York, Letitia James dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, maklumat kenalan yang telah diambil dari akaun bersama jumlah maklumat bilangan pengguna yang tidak sepatutnya
diperolehi berkemungkinan mencecah ratusan juta.

Minggu lepas, James mendedahkan bahawa Facebook tidak mengambil serius peranannya dalam melindungi maklumat peribadi pengguna laman sosial tersebut.

“Sudah tiba masa Facebook dipertanggungjawabkan bagaimana ia mengendalikan maklumat peribadi pengguna," katanya.

Sementara itu, Facebook dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa syarikat itu sedang berhubung dengan pejabat Peguam Negeri New York dan akan memberi maklum balas mengenai isu tersebut.

Minggu lepas, Facebook berkata pihaknya mungkin secara “tidak sengaja” telah memuat naik kira-kira 1.5 juta maklumat email pengguna baharu sejak Mei 2016.

Jelas syarikat gergasi itu, maklumat kenalan itu tidak akan dikongsi kepada sesiapa selain pihaknya berjanji akan memadamnya.

Pada Rabu, Facebook berkata telah memperuntukkan AS$3 bilion (RM12.45 bilion) untuk menampung kos penyelesaian dengan Suruhanjaya Perdagangan (FTC) Amerika Syarikat (AS) mengenai isu-isu privasi.

Dalam pada itu, FTC telah menyiasat kenyataan bahawa Facebook tidak berkongsi maklumat yang dimiliki oleh 87 juta penggunanya dengan  firma pemasaran analisis Britain, Cambridge Analytica, yang kini sudah tidak beroperasi.

Siasatan itu menumpukan kepada sama ada perkongsian data dan pertikaian lain melanggar perjanjian 2011 dengan FTC untuk melindungi privasi pengguna.

Sumber: AWANI