WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

KIRAAN 'LIKES' DI INSTAGRAM MUNGKIN AKAN DISOROK

Jumlah kiraan likes dilihat tidak membawa kesan positif dalam kualiti kandungan


Back To Whats Hot

Salah satu cara bagi mengukur prestasi sesuatu kandungan gambar atau video yang dimuat naik di platform Instagram ialah melalui kiraan 'likes' (sukaan).

Bagi selebriti media sosial, kiraan likes dilihat sebagai amat penting dalam meyakinkan pengiklan untuk menggunakan perkhidmatan mereka dalam mempromosi sesuatu jenama mahupun produk.

Malah, ia juga mampu menaikkan imej akaun tersebut dalam kalangan pengguna lain yang mengikutinya.

Terbaharu, Instagram kini dilihat sedang menguji fungsi untuk menyorokkan jumlah likes pada gambar atau video yang dimuat naik.

Tujuannya untuk memastikan hanya kandungan yang berkualiti dikongsi bukan berdasarkan kiraan likes semata-mata.

Melalui ujian yang dikongsikan Jane Manchun Wong, pengguna lain mungkin tidak dapat melihat angka likes pada kandungan yang dimuat naik.

 

 

Tetapi, ia hanya dapat dilihat oleh pengirim yang berkongsikan kandungan berkenaan sahaja.

Bagaimanapun, fungsi ini baru di peringkat ujian dan belum disahkan samada ia akan dilaksanakan sepenuhnya atau tidak.

Namun, jika ia dilaksanakan, pemilik akaun Instagram terutamanya yang mencari rezeki melaluinya bakal menghadapi cabaran untuk mencari jalan lain bagi menaikkan reputasi akaun mereka.

Sumber: AWANI