WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

VIDEO MUZIK ‘KISAH CINTA KITA’ HAFIZ SUIP TAMPILKAN ISTERI DAN ANAK

Video muzik yang menjalani penggambaran di Pulau Redang itu menampilkan isteri Hafiz sendiri iaitu Effy dan anak lelaki mereka


Back To Whats Hot

Walaupun drama bersiri ‘Dia Menantu Rahsia’ lakonan Ashraf Muslim dan Raysha Rizrose yang bersiaran di slot Akasia TV3 sudah tamat siarannya, lagu tema ‘Kisah Cinta Kita’ nyanyian Hafiz Suip masih menjadi siulan ramai dan semakin mendapat tempat di hati pendengar.

Bagi memenuhi permintaan ramai, Nova Music (M) Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan video muzik rasmi ‘Kisah Cinta Kita’ arahan pengarah berbakat, Khairul Hazwan.

Video muzik yang menjalani penggambaran di Pulau Redang itu menampilkan isteri Hafiz sendiri iaitu Effy dan anak lelaki mereka. Sehingga petang semalam, video muzik yang dilancarkan di saluran YouTube Nova Music Videos pada 19 April 2019 itu telah ditonton lebih 330 ribu kali.

‘Kisah Cinta Kita’ merupakan single pertama Hafiz di bawah naungan syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn Bhd. Sejak dimuat naik di saluran YouTube Nova Music Videos pada 18 Februari 2019 yang lalu, video lirik ‘Kisah Cinta Kita’ sudah pun mencapai tontonan melebihi  5 juta.

Single tersebut juga kini berada di dalam Top 3 carta ‘Viral 50 Malaysia’ Spotify, Top 5 ‘Carta RIM’ dan Top 10 carta ‘ERA 40’ dan ‘Malay Top Hits’ Joox.

Sumber: Utusan Borneo