WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

"HUMAN CALCULATOR" YAASHWIN SARAWANAN NAIB JUARA ASIA'S GOT TALENT MUSIM KE-3

Subjek matematik pastinya merupakan salah satu mata pelajaran yang paling sukar buat kebanyakan pelajar


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Subjek matematik pastinya merupakan salah satu mata pelajaran yang paling sukar buat kebanyakan pelajar.

Namun, subjek yang melibatkan nombor ini bukanlah masalah buat Yaashwin Sarawanan.

Lebih mengujakan lagi apabila "human calculator" yang berusia 15 tahun ini menduduki tangga naib juara dalam pertandingan Asia's Got Talent (AGT) musim ketiga.

Juara AGT musim ketiga ini menjadi milik ahli silap mata dari Taiwan, Eric Chien, yang banyak memukau penonton dengan muslihat mengagumkan dari jarak dekat. Beliau antara lain membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$100,000.

Sementara itu, satu lagi penyertaan Malaysia ke peringkat akhir iaitu kumpulan Nama, kandas dalam kelompok awal finalis bersembilan.

Kuartet nyanyian harmoni dengan imej gadis berhijab itu mencuri perhatian sejak pusingan saringan hinggalah ke pentas akhir yang diadakan di Singapura itu.

AGT musim pertama menampilkan empat juri tetap profesional dalam industri seni bagi mengadili para peserta ialah penerbit muzik terkenal David Foster, penyanyi tersohor Indonesia, Anggun Cipta Sasmi, dan bintang rap popular Amerika-Korea Selatan, Jay Park.

Sumber: AWANI