WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

HAEL SELAMI DUGAAN ALAM PERKAHWINAN DALAM HARI INI

Penyanyi, Hael Husaini terharu single terbarunya, Hari Ini yang berkisar mengenai dugaan


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Hael Husaini terharu single terbarunya, Hari Ini yang berkisar mengenai dugaan dilalui pasangan dalam berumah tangga menerima reaksi positif pendengar.

Hael berkata, hatinya tersentuh membaca pelbagai perkongsian, termasuk daripada pasangan yang berdepan dugaan berat dalam menempuh rumah tangga.

“Hari Ini berkisar mengenai suami yang berdepan cabaran dan ujian apabila isterinya disahkan menghidap kanser. Mungkin jalan cerita yang dibawa dekat di hati pendengar, membuatkan ada pasangan yang tergerak hati berkongsi pengalaman hidup mereka.

“Lagu ini mengangkat tema positif supaya kita menghargai setiap detik dalam hidup. Saya berharap single ini memberi semangat kepada pasangan yang berdepan ujian berat dalam hidup,” katanya.

Hael yang ditemui pada majlis Makan Malam Tiga Bintang pernah tampil dengan single seperti Jampi, disusuli lagu duet bersama Dayang Nurfaizah, Haram, selain Hajat yang menjadi kesinambungan dua lagu terdahulu.

“Hari Ini yang dilancarkan tiga hari lalu adalah penutup tiga lagu terdahulu. Selepas melalui pelbagai fasa dalam perhubungan, mereka akhirnya disatukan dengan ikatan perkahwinan.

“Ada juga yang menganggap lagu ini dicipta khas untuk majlis perkahwinan, namun saya pula melihat Hari Ini sebagai karya yang memperlihatkan sisi berbeza saya sebagai penyanyi,” katanya.

Hael berkata, penerimaan positif itu juga memberinya semangat baharu selepas kemunculan single terdahulu mendapat kritikan pendengar.

Sumber: Berita Harian