WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

NING BAIZURA CARI 2,000 SUKARELAWAN

Berjinak-jinak sebagai sukarelawan sejak 17 tahun lalu, seterusnya dilantik duta harimau


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Berjinak-jinak sebagai sukarelawan sejak 17 tahun lalu, seterusnya dilantik duta harimau oleh Malaysian Conservation Alliance for Tigers (MyCat), Ning Baizura mengakui, risau spesies haiwan itu semakin pupus akibat aktiviti pemburuan dan pembalakan haram.

Ning berkata, jumlah haiwan itu di Semenanjung Malaysia semakin meruncing apabila kurang daripada 200 ekor dan situasi itu sangat membimbangkan.

“Di Zoo Negara, kini hanya tinggal sembilan ekor harimau Malaya. Untuk apa kita jadikan harimau sebagai ikon sukan dan berbangga dengannya, tetapi tidak dapat menjaganya? Jika kita memandang ringan isu ini, saya bimbang spesies harimau Malaya hanya tinggal nama,” katanya.

Sehubungan itu, penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Curiga dan Dugaanku menyertai kempen #SelamatkanHarimauMalaya dan memperkenalkan tanda pagar #askar2000 bagi memastikan spesies itu tidak terus terancam.

“Kami memerlukan seramai 2,000 askar sukarela untuk menjaga harimau Malaya daripada menjadi mangsa tidak bertanggungjawab manusia yang terlalu mementingkan wang.

“Di India, misalnya, mereka mempunyai 8,000 askar untuk menjaga spesies itu dan usaha yang mereka jalankan itu membuahkan hasil,” kata penyanyi berusia 43 tahun itu.

Sebagai duta, Ning berkata, dia tidak sekadar memberi kesedaran dan menyampaikan maklumat tepat mengenai haiwan itu, malah turut menunjukkan teladan dengan tidak memakai pakaian atau aksesori diperbuat daripada kulit binatang.

“Apabila ada permintaan terhadap pakaian atau aksesori yang diperbuat daripada kulit haiwan, secara tidak langsung kita menggalakkan aktiviti pemburuan.

“Sejak dulu lagi, saya memang elak mengenakan persalinan daripada kulit haiwan kerana perbuatan itu sangat kejam,” tegasnya.

Sebagai usaha menyelamatkan haiwan itu, Ning juga bakal menjayakan Konsert Ning Live @ Zoo Negara pada 20 April ini. Konsert selama sejam itu menyaksikan Ning menyampaikan 10 lagu, termasuk tiga lagu Inggeris.

Sumber: Berita Harian