WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

"DULU SAYA MEMBESAR TAK CUKUP KASIH SAYANG..." - LUAHAN JANNA NICK

Janna Nick bersyukur kerana kehidupannya dikelilingi oleh orang-orang yang positif


Back To Whats Hot

Aktres Janna Nick menyatakan rasa syukurnya kerana kehidupannya dikelilingi oleh orang-orang yang positif.

Seperti dirinya yang sentiasa kuat berhadapan dengan dugaan hidup, Janna mengharapkan peminat-peminatnya juga akan sentiasa tabah dan tidak mudah berputus asa sekiranya melalui apa sahaja cabaran.

"Alhamdulillah, terima kasih masih memilih saya sebagai aktres pilihan anda untuk kali yang ke-3.

"Terima kasih semua yang mengundi. Dulu saya membesar tak cukup kasih sayang tapi sekarang Allah kurniakan saya kasih sayang yang melimpah-limpah.

"Saya rasa sangat disayangi. Pesan saya, kalau anda rasa sunyi, sendiri gunakan masa yang ada untuk jadikan anda seorang yang berguna dimasa akan datang," kata pengacara terkenal itu di laman Instagram peribadinya.

Bagaimanapun, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner tidak boleh menjelaskan apa yang dimaksudkannya dengan kurang kasih sayang seperti yang diluahkannya itu.

 

 

"Kesunyian tu bukan merosakkan jiwa tapi sebaliknya menenangkan dan melapangkan. Saya sayang semua. Doakan saya jadi yang terbaik. #sayangketatsendatpadat," tulisnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan kebahagiaan dan kejayaan Janna pada masa akan datang.

Sebilangan netizen juga berharap Janna akan terus memberi inspirasi kepada peminat-peminatnya.

Sumber: AWANI