WHAT'S NEXT

CATS DRIVETIME

05.00pm - 09.00pm

STEVEN SEAGAL BAKAL MERIAHKAN AIFFA 2019

Bintang Hollywood terkenal, Steven Seagal bakal ke Kuching, Sarawak penghujung bulan ini


Back To Whats Hot

Bintang Hollywood terkenal, Steven Seagal bakal ke Kuching, Sarawak penghujung bulan ini.

Pelakon filem Hard to Kill ini bakal berkunjung ke negeri Bumi Kenyalang sempena anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2019.

Ini merupakan kali keempat Kuching dipilih menjadi tuan rumah pada acara yang bakal bermula 25 sehingga 27 April ini.

Sebanyak 16 anugerah dipertandingkan membabitkan penyertaan daripada sepuluh negara ASEAN.

Menurut Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, penganjuran acara seperti bagus untuk terus mempromosi Sarawak di mata dunia.

“Angkat Sarawak dalam dunia pelancongan dan dalam dunia perfileman dan amat sesuai sekali untuk promosi Sarawak lebih-lebih lagi dalam kempen melawat Sarawak,” ujarnya.

AIFFA juga merupakan platform terbaik menghimpunkan penggiat industri perfileman dari rantau ASEAN.

Tambahnya lagi, festival tersebut juga mampu beri peluang perniagaan terutama dalam industri pengedaran dan pameran filem.

Selain mengangkat karya pembikin filem, kesemua filem yang menerima pencalonan juga akan ditayangkan secara percuma di kuching waterfront.

Selain itu, terdapat juga penganjuran bengkel Startcraft, AIFFA Biz World Talk dan AIFFA Biz World Exhibition.

Sumber: AWANI