WHAT'S NEXT

CATS DRIVETIME

05.00pm - 09.00pm

"KALAU APA-APA TERJADI PADA SAYA..." - RITA RUDAINI

Rita Rudaini berkongsi cerita mengenai situasi kehidupannya bersama dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna


Back To Whats Hot

Pelakon Rita Rudaini mengakui kehidupan bergelar seorang ibu tunggal kepada dua orang anak, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8 bukan sesuatu yang mudah untuk dilaluinya.

Menerusi entri di Instagram, Rita berkongsi cabaran yang dihadapinya termasuk tidak mempunyai masa untuk diri sendiri lantaran harus memberi keutamaan sepenuhnya kepada dua permata hatinya.

"Hidup sebagai ibu dan bapa pada anak-anak, banyak yang harus saya uruskan, sediakan dan fikirkan. Semuanya saya kena fikir sendiri, tugas dan tanggungjawab saya dah double triple.

"24jam berfikir tanpa ada masa untuk fikir pasal diri sendiri tanpa ada masa untuk rest untuk diri sendiri, nak beli itu ini untuk hadiah diri sendiri pun  saya tak pernah fikir lagi sejak ada dua nyawa lagi dalam hidup saya," kata Rita meluahkan perasaan.

Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna merupakan anak-anak Rita hasil perkahwinan dengan pemain bola sepak terkenal, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Rita, 43, dan Aidil, 32, berkahwin pada 2008 namun bercerai lima tahun kemudian.

Sumber: AWANI

 

View this post on Instagram

Hidup sbgai ibu dan bapa pd anak2,byk yg harus sy uruskan,sediakan n pikir kan....smuanya sy kena pikir sendiri...tugas dan tggjwb sy dah double triple...24jam berfikir tanpa ada masa utk pikir pasal diri sendiri...tanpa ada masa utk rest...utk diri sendiri,nak bli itu ini utk hadiah diri sendiri pon dah sy xpernah pikir lg sejak ada dua nyawa lg dlm hidup sy......masa umpama tidak cukup utk sy.....setiap masa jugak sy slalu fikir...klau ada apa2 terjadi pd sy,mcm mana mereka nnti? Sbb tu sy dah bersedia awal2 dan berterima kasih byk2 kpd En. @rizuanahamad kerana membantu sy utk masa depan kedua nyawa sy ni...tkasih kerana menguruskan Hibah prudential sy utk mereka....kpd smua,nasihat sy..xkira lah ibu tunggal ke,ibu tinggal ke ,or masih berkeluarga,..malang tidak berbau...sediakan lah payung sblm hujan kerana xsemestinya panas smpai ke ptg bole watsap @rizuanahamad utk info yg lebih tepat lg...

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on