WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KURANG BERCAKAP, LEBIHKAN KETAWA, PESANAN NEELOFA 'MAKAN DALAM'

Kemunculan Neelofa sentiasa mencuri perhatian sesiapa sahaja kerana imej dan personalitinya sangat disenangi


Back To Whats Hot

Pengacara, pelakon, usahawan dan model terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor sememangnya terkenal sebagai seorang selebriti yang bijak berbicara.

Kurang gemar berkongsi hal-hal peribadi di media sosial, pengacara program Meletop ini punya cara tersendiri untuk menyampaikan mesej tertentu.

Walaupun berhijab, Neelofa tidak pernah mengabaikan soal imej dan personalitinya, bahkan dia sentiasa menjadi pilihan jenama-jenama antarabangsa untuk menggayakan rekaan mereka.

Boleh dikatakan jelitawan kelahiran Kelantan ini mendahului gaya-gaya sesetengah personaliti di Malaysia.

Kerana itu juga, Neelofa sering menjadi tumpuan 'serangan' segelintir netizen yang tidak faham atau cemburu dengannya.

Sumber: AWANI