WHAT'S NEXT

#CNO912

09.00pm - 12.00am

MARVEL LANCAR TRELER KEDUA 'AVENGERS: ENDGAME'

Keterujaan peminat menantikan filem terbaharu Avengers, iaitu Avengers: Endgame, kembali memuncak dengan pelancaran trailer keduanya


Back To Whats Hot

Keterujaan peminat menantikan filem terbaharu Avengers, iaitu Avengers: Endgame, kembali memuncak dengan pelancaran trailer keduanya, pada Khamis.

Salah satu highlight dalam trailer itu tentunya kemunculan adiwira wanita Marvel Cinematic Universe (MCU), Captain Marvel.

Trailer kedua ini dimulakan dengan paparan imbasan memori oleh adiwira-adiwira Tony Stark (Iron Man), dan Steve Rogers (Captain America), serta Clint Barton (Hawkeye/Ronin), Natasha Romanoff (Black Widow), Thor, Scott Lang (Ant-Man), Nebula dan Bruce Banner (Hulk) mengenai kehilangan orang-orang yang disayangi mereka.

 

Poster Avengers Endgame

 

Ingatan itu memberikan motivasi untuk mereka untuk 'membalas dendam' dan memperbetulkan kemusnahan yang dilakukan Thanos.

Avengers: Endgame akan menemui penonton pada 26 April depan.

Sumber: AWANI