WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

KONSERT MINI MYDIN PETRA JAYA BERLANGSUNG MERIAH

Konsert Mini di Mydin Petra Jaya bergegar meriah dengan kehadiran ribuan peminat untuk menonton penampilan artis-artis


Back To Whats Hot

KUCHING: Konsert Mini di Mydin Petra Jaya bergegar meriah dengan kehadiran ribuan peminat untuk menonton penampilan artis-artis seperti Ryan Deedat, Melissa Francis, Luqman Faiz, Sarah Suhairi dan Sufian Suhaimi.

Ryan baru sahaja melancarkan single terbarunya ‘Propa’ iaitu sambuangan kepada lagu terdahulunya, ‘Salimah’ tampil sempoi namun bertenaga.

“Orang Sarawak memang sangat peramah, dan banyak benda yang saya belajar dan akan bawa ke Kuala Lumpur (KL) bila saya balik nanti.

“Berbanding kami di KL, orang di sini senang bersapa dan berkawan, inilah antara perkara terbaik yang akan saya bawa ke sana nanti,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo.

Antara lagu yang didendangkan beliau kelmarin adalah ‘Salimah’, ‘Pesan’ dan ‘Kelmarin’ dari Kumpulan Seventeen.

Kemunculan kedua iaitu artis tempatan berbangsa Dayak, Melissa Francis turut menjadi perhatian apabila beliau mendendangkan lagu ‘Akai Akai’, ‘Sepenuh Nyawaku’, ‘Dek Jara’.

Sejak melancarkan album terbarunya ‘Pengidup Aku’ pada 23 Disember 2018, semua 3,000 unit telah habis dijual namun beliau mengeluh kerana masih ada kes cetak rompak yang berlaku.

Kini beliau katanya sedang sibuk dengan perniagaan kecantikan di Samarahan.

Luqman Faiz artis naungan Aries Music mendendangkan lagu ‘Dia’, ‘Kepuraanmu’ dan ‘Kau Ilhamku’ dari Man Bai juga sedang sibuk merakamkan lagu single terbarunya yang enggan didedahkan oleh beliau.

Katanya, single terbarunya itu akan muncul dalam bulan April tahun ini.

Sarah Suhairi, 19 tahun menggegarkan Mydin Petra Jaya dengan menyanyikan lagu popular KPop Korea, kumpulan BLACKPINK, ‘DDU-DU DDU-DU’ selain lagu singlenya ‘Pedih’ dan ‘Raga’.

“Ini kali pertama saya membuat persembahan di dalam tempat membeli-belah, ada rasa takut tetapi teruja,” katanya.

Beliau yang merupakan juara sulung program realiti musim pertama Big Stage 2018, kini bernaung di bawah syarikat rakaman MVM Production selepas popular di laman sosial selepas memuat naik video di mana dia menyanyikan semula lagu popular ‘Despacito’ pada awal 2017.

Sarah juga sering membuat rakaman nyanyian semula lagu-lagu popular sebelum mendapat tawaran di bawah MVM Production yang turut menyatakan keseriusannya di dalam bidang nyanyian.

Katanya belum terbuka hati lagi untuk mencuba bidang lakonan atau melanjutkan pelajaran kerana kedua-duanya memerlukan komitmen yang besar.

Sufian Suhaimi, 27 tahun, menjadi tumpuan para peminat apabila muncul dengan lagu-lagunya ‘Terakhir’, ‘Terasa Ada’ dan ‘Di Matamu’.

Sufian berkata, beliau mahu melahirkan karya-karya baru dalam mewarnai dunia hiburan dalam beberapa tahun akan datang.

Pada masa yang sama, Sufian turut memberikan wang tunai sebanyak RM100 kepada salah seorang peminat yang datang ke konsert mini berkenaan menyanyikan lagu mirip suara beliau.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Henrietta Liza