WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

"BINI PUNYA LAWA, CARI ORANG LAIN" - NETIZEN LEPAS GERAM PADA ALIFF AZIZ

Rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astilah dilaporkan bergolak dengan kehadiran Oktovia Menrose


Back To Whats Hot

Selepas Bella Astilah mendedahkan kecurangan suaminya pada Rabu, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz dikecam teruk oleh netizen di laman sosial.

Paling ketara, di akaun Instagram (IG) Aliff telah dihujani pelbagai komen netizen yang melepaskan geram kerana sikap curangnya.

Rata-rata menyalahkan Aliff yang tidak pandai menghargai isteri meskipun peluang kali kedua diberikan.

Tidak kurang juga ada yang meminta agar Aliff melepaskan Bella kerana beranggapan wanita itu layak untuk seorang lelaki yang setia dan baik.

Aliff bagaimanapun terus mendiamkan diri dan dalam masa masa tidak menutup ruangan komen di laman sosialnya itu.

Nama Aliff kembali menjadi panas selepas isterinya, Bella memuat naik bukti yang mendakwa suaminya curang dengan pelakon Oktovia Manrose dengan mengunjungi kelab malam bersama.

Selain Oktovia, Aliff juga pernah dikaitkan dengan kontroversi bersama aktres Afifah Nasir pada Julai 2017.

Aliff mendirikan rumah tangga dengan Bella pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean.

Sumber: AWANI