WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

'JAMES BOND IBAN' DI KARPET MERAH OSCAR

Ketampanan aktor Henry Golding dengan persalinan tuxedo ketika melangkah ke karpet merah Oscar


Back To Whats Hot

 

Ketampanan aktor Henry Golding dengan persalinan tuxedo ketika melangkah ke karpet merah Oscar membuatkan namanya meniti di bibir wartawan Hollywood.

Mengenakan tuxedo jenama Ralp Lauren, gaya dan aura Henry saling tidak ubah seperti lelaki bernama James Bond.

Penampilannya di majlis Anugerah Akademi ke-91 itu membuatkan media terus tertanya-tanya sejauh mana kebenaran lelaki berdarah Iban - Inggeris itu akan memegang watak ejen perisik kasanova itu.

Sebelum ini, ketika ditemui wartawan TMZ di Lapangan Terbang Los Angeles, Henry tetap mengunci mulutnya daripada bercakap mengenai tawaran membintangi filem ke-25 dalam siri James Bond.

Henry yang juga pelakon utama filem Crazy Rich Asians itu sekadar melemparkan senyuman meninggalkan teka-teki.

Selain Henry, nama-nama lain yang turut disenaraikan sebagai James Bond ialah Tom Hardy dan Richard Madden.

Pelakon-pelakon lain seperti Naomie Harris, Ralph Fiennes dan Lea Seydoux akan mengadakan kemunculan semula dalam filem James Bond yang terbaharu.

Sebagai pelakon Malaysia yang mula menempa kemasyhuran di Amerika Syarikat (AS), Henry memberitahu, dia kini sedang melalui sebuah kehidupan yang menggembirakan.

Masakan tidak, dia kini sudah berdiri sebaris dengan bintang-bintang Hollywood Gred A dan berpeluang menghadiri acara Oscar yang menjadi dambaan sebilangan besar selebriti di dunia.

Dalam temubual dengan personaliti televisyen dan hos  E! News,  Giuliana Rancic mengakui, berjalan di karpet merah dan berada dalam kelompok selebriti ternama dunia sangat menakjubkan.

Kepada Rancic, Henry mendedahkan yang dia telah menonton filem lakonannya, Crazy Rich Asians antara 14 hingga 15 kali.

"Saya telah menonton filem itu mungkin antara tiga atau empat kali di pawagam tetapi jika termasuk menonton di majlis tayangan perdana semuanya mungkin antara 14 hingga 15 kali," kata Henry berkongsi cerita dengan Rancic keitka diwawancara di karpet merah.

Selain Henry, seorang lagi pelakon kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh juga menghadiri anugerah Oscar ke-91 yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, AS.

Sumber: AWANI