• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

ELLA PECAH REKOD PERIBADI, KUMPUL 200 PEMUZIK BUAT PERSEMBAHAN BERSAMA

Ella mengumpulkan 200 pemuzik di sidang media keduanya bertujuan memberi pendedahan kepada pemuzik baharu


Back To Whats Hot

 

KUALA LUMPUR: Ratu rock negara, Ella memecahkan rekod peribadinya dalam Malaysia Book of Recordapabila mengundang 200 pemuzik untuk mengiringi persembahannya pada majlis Ella Kitalah Bintang di The Love, Matic pada Isnin.

Menurut Ella, majlis tersebut diadakan bersempena konsertnya, Ella Unplugged in KL yang turut bertujuan meraikan pemuzik-pemuzik tempatan daripada pelbagai latar belakang.

Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin berkata, dia mengumpulkan 200 pemuzik di sidang media keduanya adalah untuk memberi pendedahan kepada pemuzik baharu mengenai pengalamannya bekerja dengan seniman-seniman hebat.

“Sidang media hari ini pada saya sangat luar biasa dan ia sangat hebat.  Saya beruntung kerana dapat berkerjasama dan membuat persembahan bersama semua pelajar-pelajar yang mengambil jurusan muzik ini.

“Mereka sangat berbakat dan saya rasa saya perlu adakan sidang media sebegini untuk memberi pendedahan dan pengalaman yang betul kepada mereka. Kalau tak kita siapa lagi?,” soal Ella ketika ditemubual Astro AWANI.

Terdahulu, penyanyi lagu Kesal itu mencipta rekod sebagai penyanyi pertama mengundang 100 pemuzik pada sidang akhbar Konsert Ella 2016 sekitar tiga tahun lalu.

Lebih tiga dekad berada di dalam industri muzik tanah air, Ella bakal menyanyikan lebih 20 lagu menerusi tiga segmen iaitu Peace, Love dan Rindu bagi mengubati rindu peminatnya.

Tambah Ella, setakat ini, persiapan konsertnya dari segi vokal dan pementasan itu telah dibuat dengan teliti dan berjalan dengan lancar.

Berbaki 31 hari sahaja lagi, Ella bakal mengegarkan Panggung Sari, Istana Budaya  menerusi konsertnya itu akan berlangsung selama 3 hari bermula 29, 30 dan 31 Mac.

Tiket early bird mula dijual bermula 2 januari 2019 melalui www.proticket.com.my.

Sumber: AWANI