WHAT'S NEXT

#CNO912

09.00pm - 12.00am

ITU SOALAN, BUKAN KENYATAAN - ZIZAN

Saya hanya bertanya kepada peminat, kahwin tahun ini atau tahun depan?


Back To Whats Hot

“Saya tidak pernah membuat kenyataan atau pengakuan nak berkahwin pun!,” kata pelakon dan pelawak, Zizan Razak, 35, susulan pernah memuat naik status mengenai perkahwinan di laman sosialnya minggu lalu.

Zizan ketika ditemui pada sidang media pelancaran filem terbaru, Bikers Kental 2 semalam berkata, apa yang dikongsikan di laman Instagram sebelum ini adalah satu bentuk soalan kepada peminat.

“Saya hanya bertanya kepada peminat, kahwin tahun ini atau tahun depan?. Bukan mengenai saya nak kahwin tahun ini atau tahun depan.

“Jujurnya, saya memang tiada perancangan untuk berkahwin pun dalam masa terdekat,” katanya.

Katanya, isu mengenai siapa teman istimewa dan dengan siapa dia sedang berkawan pada masa ini juga tidak perlu diketengahkan.

Baginya, dia berkawan dengan semua orang baik lelaki atau perempuan malah menafikan ada teman istimewa.

Zizan yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon jelita, Mira Filzah mengakui tidak akan menolak takdir sama ada dijodohkan dengan golongan artis atau tidak.

“Saya bukan tidak mahu berkahwin buat masa ini tapi mahu urusan perkahwinan itu biarlah dalam keadaan tenang, bukan secara terpaksa.

“Kalau ada jodoh, ia akan berlaku sendiri kerana saya tidak mahu ada cabaran begitu begini seperti mana pengalaman rakan sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, andai ada takdir dan pasangan dijodohkan serasi, dia tiada masalah untuk mempercepatkan proses perkahwinan.

“Pada masa ini, saya sedang sayangkan kerjaya dan itu juga satu takdir Allah. Kalau ikutkan nafsu, bila-bila saja saya nak berkahwin!,” katanya.

Sumber: Harian Metro