WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

SALAH KE MUKA NAMPAK MATANG? - HANEESYA HANEE

Haneesya terkilan apabila fizikalnya terus menjadi sasaran kecaman netizen


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Bakat baharu kontroversi, Haneesya Hanee terkilan apabila dirinya berterusan menjadi mangsa kecaman tidak berasas netizen.

Terbaru, Haneesya atau nama lengkapnya, Syarifah Haneesya Sayed Sahlan, 19, menjadi sasaran netizen yang mengkritik wajahnya kelihatan lebih matang berbanding usia.

Gadis yang pernah membintangi drama Cik Reen Encik Ngok Ngek itu berkata, sudah tiba masa untuk dia bersuara dan menyedarkan masyarakat supaya tidak lagi memandang rendah serta menghina fizikal orang lain.

“Perbuatan mereka itu salah dan seharusnya dihentikan. Tidakkah mereka tahu, ramai yang mempunyai masalah keyakinan diri, malah mengalami tekanan kerana pandangan orang sekeliling.

“Mereka menganggap diri gagal kerana tidak setanding orang lain. Jadi, saya mahu bantu golongan ini dan mengubah persepsi segelintir masyarakat supaya menghargai serta menerima kekurangan orang lain.

“Mungkin pada mereka, ia isu remeh, tetapi sebaliknya tidak. Perbuatan mengutuk rupa dan fizikal seseorang adalah salah, terutama jika dilakukan kepada anak kecil serta remaja yang sedang mengenal erti hidup,” katanya.

Terdahulu, Haneesya mengakui, terkilan dengan sikap segelintir netizen yang gemar mengkritik membuta tuli tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Haneesya menjadi sasaran mereka apabila memuat naik beberapa gambar ketika meraikan hari ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini kerana wajahnya disifatkan lebih matang berbanding usia.

“Biasalah apabila bersolek, wajah akan tampak lebih matang. Jika wajah saya matang sekali pun, apa salahnya?

“Saya tidak faham kenapa mereka membangkitkan isu ini. Malah, ada yang marah dan bergaduh sesama sendiri.

“Lagi membuatkan saya tidak faham, mengapa gadis yang sedang gembira menyambut hari lahirnya menerima kecaman tanpa sebab,” katanya.

Sumber: Berita Harian
oleh Feride Hikmet Atak