WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

TAYLOR BERSERONOK, PEMINAT HAMPA

Taylor Swift meluahkan rasa kecewa di media sosial apabila penyanyi terkenal itu gagal membawa pulang trofi Anugerah Grammy


Back To Whats Hot

Peminat Taylor Swift meluahkan rasa kecewa di media sosial apabila penyanyi terkenal itu gagal membawa pulang trofi Anugerah Grammy.

Tahun ini, album Taylor iaitu Reputation hanya menerima satu pencalonan saja iaitu Album Vokal Pop Terbaik namun tewas di tangan Ariana Grande.

Kemenangan penyanyi 7 Rings itu menyebabkan segelintir peminat Taylor mengutuk album Ariana.

Namun begitu, Taylor khabarnya berseronok dengan kekasihnya, Joe Alwyn pada majlis anugerah Akademi Filem British (BAFTA) yang berlangsung di London.

Ini tahun ketiga penyanyi itu memilih untuk tidak menghadiri Anugerah Grammy. Kali ini, dia berada di BAFTA bagi menyokong filem lakonan Alwyn, The Favourite.

Malah, Taylor turut mengumumkan filem arahan Yorgos Lanthimos itu membawa pulang tujuh trofi BAFTA di Instagram.

Kali terakhir penyanyi berusia 29 tahun itu terbabit menghadiri Anugerah Grammy pada 2016 apabila albumnya yang berjudul 1989 dan video muzik lagu Bad Blood merangkul tiga trofi.

Bagaimanapun, acara itu menyaksikan Taylor menyindir penyanyi Kanye West dalam ucapannya selepas menerima trofi Album Terbaik.

“Saya ingin beritahu semua wanita muda, pasti ada orang cuba merendahkan kejayaan anda atau membuat tuntutan terhadap pencapaian dan populariti anda,” katanya.

Selain Taylor, beberapa selebriti didapati tidak hadir ke Anugerah Grammy antaranya Beyonce, Jay Z, Rihanna, Drake, Kendrick Lamar dan Ariana.

Dalam perkembangan lain, Taylor terbabit dalam pembikinan filem adaptasi muzikal Cats.

Dia juga dikatakan dalam proses menghasilkan album baru berdasarkan beberapa rakaman gambar dirinya dilihat meninggalkan studio rakaman.

Sumber: Harian Metro