WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

"IJAZAH INI HADIAH UNTUK ARWAH AYAH" - ANAK MR OS KINI BERGELAR DOKTOR

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, dia sentiasa memberi nasihat kepada ayahnya untuk menjaga kesihatan


Back To Whats Hot

Anak kepada pelakon dan pelawak Mr Os, Syafiqa Hayra  berasa sedih kerana arwah ayah tidak sempat melihat pencapaian dan kejayaannya.

Menurut Syafiqa, dia menganggap apa yang berlaku sebelum ini sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam bidang perubatan.

"Kejayaan ini saya dedikasikan kepada arwah ayah kerana banyak menyokong saya untuk menceburi bidang perubatan.

"Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah. Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada arwah ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita.

“Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang akan berbakti kepada masyarakat dan berkhidmat kerana Allah.

"Banyak cabaran dan rintangan yang saya lalui sepanjang belajar di Mesir tetapi orang tua saya tidak pernah berputus asa memberi galakan.

“Saya sudah tetapkan pada diri, setiap pahala yang diperoleh akan disampaikan kepada ibu (Rahayu Muhamed Nadzir) dan arwah ayah,” katanya yang masih menunggu tempat untuk melaksanakan latihan perubatan (houseman).

Menceritakan kembali kisah ketika ayahnya masih hidup, anak sulung daripada dua beradik itu berkata, dia sentiasa memberi nasihat kepada ayahnya untuk menjaga kesihatan terutama ketika menerima rawatan radioterapi.

“Saya banyak memberitahu ayah untuk menjaga makan. Nasib baik saya sempat menjaganya ketika dia bertarung dengan penyakit yang dialami.

“Namun, saya sedih kerana tidak sempat menemuinya sebelum dia meninggal. Saya mahu balik sebelum dia dikebumikan tetapi tidak sempat kerana tiada penerbangan ketika itu,” katanya sambil memberitahu sentiasa menziarahi kubur ayah setiap kali balik bercuti.

Mr Os meninggal pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.

Sumber: Harian Metro