WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

RATAPAN SUFIAN UNDANG SIMPATI

Sufian Suhaimi pastinya meledakkan suhu panas dek persembahan yang menyentuh hati jutaan peminat setianya menerusi lagu Di Matamu


Back To Whats Hot

Seminggu berlalu namun bahang kehangatan Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33) masih dirasai. Nama Sufian Suhaimi pastinya meledakkan suhu panas dek persembahan yang menyentuh hati jutaan peminat setianya menerusi lagu Di Matamu.

Seminggu berlalu, kisah cinta tak kesampaian Sufian nampaknya masih menjadi sebutan dan perdebatan peminat. Walaupun kisah pernikahan tak jadi sudah hampir setahun berlalu, dia berjaya merenggut emosi peminat.

Diangkat sebagai pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik, tiada siapa yang mampu menidakkan pemilihan tersebut meskipun persembahan Haram oleh Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah lebih dramatik.

Persembahan penuh penghayatan dan sarat dengan kesedihan itu dirancang dengan baik. Bait-bait lirik lagu tersebut juga dicerna dengan baik oleh Sufian bersama dengan pelamin angan-angan yang musnah di tengah jalan.

Ironinya di sebalik kisah penyanyi ini yang berjaya menawan emosi peminat, sudah pasti nama bekas tunangnya Elfira Loy turut menjadi mangsa kecaman warganet.

Di Matamu yang berdasarkan kejadian putus tunang di antara mereka rupanya tidak pernah habis. Di saat Sufian melakukan persembahan, Instagram Elfira pula yang menjadi tempat luahan kemarahan peminat.

Walaupun ketika itu wanita berkenaan sedang menunaikan ibadah umrah, dia sempat membuat hantaran di Twitter dan mendoakan bekas tunangnya itu.

“Sufian Suhaimi, saya doakan awak menang hari ini. Semoga dengan kemenangan awak ‘derita’ & penceritaan awak akan habis,” tulis Elfira.

Namun kata-kata itu bagaikan halilintar bagi segelintir peminat Sufian. Mereka mempertikaikan kata-kata semangat itu dan tidak mahu pelakon itu ikut campur menambahkan bara kepada Sufian.

Harus diakui, Sufian adalah lelaki yang budiman. Menganggap apa yang ditulis itu sebagai doa, dia menyerap semangat positif yang ditunjukkan melalui hantaran tersebut.

Pada dasarnya, Sufian berhak sahaja melakukan persembahan sebegitu memandangkan ini tragedi besar yang terjadi kepadanya.

Namun dari satu sudut lain, ada yang mahu kedua-dua mereka melupakan sengketa memandangkan kehidupan perlu diteruskan. Tak begitu?

Sumber: Utasan Online