WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

ALIF SATAR KE UNITED KINGDOM HIBURKAN PELAJAR MALAYSIA

Alif Satar sangat teruja untuk mengadakan persembahan di United Kingdom minggu depan


Back To Whats Hot

Pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Alif Satar bakal mengadakan konsert mini jelajah di United Kingdom (UK) pada pertengahan bulan ini.

Menurut Alif, antara lokasi persembahannya ialah di Sheffield dan Bristol.

"Sudah lama sebenarnya saya mendapat undangan daripada pelajar-pelajar Malaysia di sana untuk mengadakan persembahan di tempat mereka.

"Tetapi, barulah sekarang ada peluang untuk bertemu dengan mereka dan diharapkan sedikit sebanyak dapat mengubat rasa rindu mereka kepada tanah air," katanya.

Dalam persembahan jelajah itu, Alif bakal mendendangkan lebih 10 buah lagu termasuk single hitnya Jangan Nakal, Cukup Indah, Akhiri Penantianku dan Sesungguhnya Aku.

Apa yang menggembirakan Alif juga ialah, tiket-tiket untuk menyaksikan persembahannya di sana telah habis terjual.

Sebelum ini, penyanyi seperti Yuna, Noh Hujan, Faizal Tahir dan Aizat pernah mengadakan persembahan seumpamanya di luar negara.

Alif dijangka berada di UK pada 13 hingga 19 Februari ini.

Sumber: AWANI