WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

DARIPADA KAU BERTUDUNG TAPI SEBENARNYA TAK NAK, ITU LAGI MUNAFIK! - MICHAEL ANG

Michael berkongsi pandangannya mengenai keputusan Emma untuk kembali dengan imej tanpa berhijab


Back To Whats Hot

Apabila pelakon Emma Maembong membuat keputusan untuk membuka tudung, ramai yang menunggu respons daripada pengarah, Michael Ang.

Michael adalah antara individu yang rapat dengan Emma turut mengakui menerima banyak mesej di Instagram untuk mengulas mengenai keputusan Emma untuk kembali dengan imej tanpa berhijab.

Dalam perkongsian baharunya di Instagram Michael berpendapat menjadi hak seseorang itu untuk tidak bertudung sekiranya dia tidak bersedia.

“Sebenarnya kalau orang tu tak bersedia untuk bertudung biarlah dia buka tudung, at least dia beritahu korang. Daripada kau bertudung tapi sebenarnya kau tak nak dan takut orang marah kau buka tudung, itu lagi munafik!”.

Michael menegaskan yang akhirnya yang penting seseorang itu memiliki hati bersih dan keperibadian yang baik.

Dalam bebelannya itu, Michael turut mengkritik budaya mengaibkan individu tertentu menerusi media sosial.

 

 

“Budaya mengaib-aibkan orang berhutang di IG bukanlah budaya yang baik. Kalau betul orang tu berhutang dengan kau, gunalah saluran undang-undang, saman je la.”

Michael dipercayai merujuk kepada perbalahan antara pemilik Hausboom dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman.

Sumber: AWANI