WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

DUIT BERTERBANGAN? BUKANLAH, SEBENARNYA... - SUFIAN SUHAIMI

Sufian Suhaimi menjelaskan visual yang dilihat pada persembahannya dalam AJL ke-33 hujung minggu lalu adalah gambaran bunga berterbangan


Back To Whats Hot

Penyanyi Sufian Suhaimi menjelaskan visual yang dilihat pada persembahannya dalam Anugerah Juara Lagu ke-33 hujung minggu lalu adalah gambaran bunga berterbangan.

Hal itu dijelaskan Sufian sebentar tadi menerusi satu entri di akaun Instagram, sekali gus menafikan dakwaan netizen yang mengatakan ia adalah imej 'wang berterbangan'.

"Mungkin pecahan bunga itu berbentuk petak dan warnanya yang cerah membuatkan ramai yang melihatnya dari sudut berbeza.

"Semoga pencerahan ini dapat mendamaikan hati-hati yang resah," tulis Sufian yang turut memuji hasil kerja mereka yang bertanggungjawab merealisasikan corak persembahan yang diinginkannya.

 

 

Visual yang dipancarkan di bahagian belakang pentas itu muncul di penghujung persembahan, dan menimbulkan perbalahan netizen tentang mesej yang ingin disampaikan.

Sufian yang mempertaruhkan lagu "Di Matamu", muncul pemenang kategori Persembahan Terbaik.

Sumber: AWANI