WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

BERI KEUTAMAAN PENDUDUK BINTAWA HUNI RUMAH PROJEK DARUL HANA

Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Kampung Bintawa Hulu, Hilir dan Tengah memiliki kepadatan penduduk yang tinggi


Back To Whats Hot

KUCHING: Keutamaan perlu diberikan kepada penduduk dari Kampung Bintawa untuk memiliki  kediaman di bawah Projek Pembangunan Darul Hana.

Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Kampung Bintawa Hulu, Hilir dan Tengah memiliki kepadatan penduduk yang tinggi.

Jumlah rumah di tiga kampung Bintawa ini ialah 700 lebih.

Malah katanya, kampung ini antara yang paling banyak merekodkan kes kebakaran selain turut kerap dilanda banjir ketika musim hujan dan tengkujuh.

"Kawasan ini lebih terdesak untuk dipindahkan ke Darul Hana berbanding kampung-kampung lain yang terlibat dalam projek ini. 

"Saya akan jumpa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk mengutarakan perkara ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Wan Junaidi melawat mangsa kebakaran di Kampung Bintawa Tengah pada kejadian Isnin lepas yang mana ditempatkan sementara di Dewan Serbaguna Kampung Bintawa Tengah.

Pada lawatan tersebut, Wan Junaidi turut menyampaikan bantuan wang tunai kepada lima keluarga yang kehilangan tempat tinggal dalam kejadian tersebut. 

Sumber: Utusan Borneo
oleh Agnes Tugong