WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

AT ADAU KOMITED PROMOSI SARAWAK MELALUI ALBUM ‘OBA’

Kumpulan pemuzik tempatan, At Adau komited untuk mem-promosikan keunikan gaya hidup Sarawak kepada dunia melalui album kedua mereka, ‘Oba’


Back To Whats Hot

KUCHING: Kumpulan pemuzik tempatan, At Adau komited untuk mem-promosikan keunikan gaya hidup Sarawak kepada dunia melalui album kedua mereka, ‘Oba’.

Pengasas kumpulan At Adau, Jackson Lian Ngau pada sidang media pelancaran berkata, album kedua, ‘Oba’ yang bermaksud cinta dalam bahasa kenyah, membawa getaran muzik yang lebih menarik dan bertenaga berbanding dengan album pertama, ‘Journey’.

“Dalam album kedua ini kami menampilkan muzik tentang keindahan tradisi dan budaya yang ada dalam masyarakat kita.

“Kami menggunakan pelbagai instrumen untuk lagu-lagu dalam album ini dan berharap kami dapat mewakili Sarawak di peringkat antarabangsa melalui muzik kami ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran album kedua, ‘Oba’ yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Sharzede Salelh Askor di pejabat STB di sini, semalam.

Tambah Jackson, kumpulan pemuzik itu mahu menunjukkan kepada dunia melalui muzik untuk berkongsi serta menyebarkan tentang cinta atau kasih sayang, keamanan dan keharmonian di seluruh dunia.

“Melalui album ini kami bersama rakan kerjasama Catsound.com merancang untuk melakukan persembahan dengan menjelajah beberapa tempat di dunia yang mengadakan festival dan pertukaran budaya,” katanya.

Dianggotai oleh enam anak muda Jackson, Alfanso Mckenzie, Meldrick Bob Udos, Ezra Tekola Semuel, Cerdic Riseng dan Luke Wrender David, terkenal dengan permainan  muzik menggunakan instrumen tradisional Sape dan alat muzik lain.

At Adau merupakan duta bagi Sarawak di bawah kerjasama pintar dengan STB dan Malaysia Airlines.

At Adau sebelum ini pernah membuat persembahan di festival di beberapa buah negara termasuk di Thailand, Australia, Korea Selatan yang menampilkan keunikan melalui alunan muzik mereka.

Maklumat lanjut dan untuk mendapatkan album baharu At Adau, boleh melayari laman sosial media mereka atau laman sesawang www.atadau.com.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Jessica Jawing