WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

DIGODA VVIP, ZIZI KIRANA MALAS LAYAN

Dia menerima ribuan komen lucah yang ditinggalkan oleh pengikutnya dalam laman sosial Instagram


Back To Whats Hot

Sikap ‘berani mati’ penyanyi kelahiran Semporna, Sabah ini dalam memperagakan pakaian yang mendedahkan tubuh kerap kali mengundang kecaman ramai terutama warganet.

Berikutan itu, dia menerima ribuan komen lucah yang ditinggalkan oleh pengikutnya dalam laman sosial Instagram.

Namun, bagi Nur Fazelah Mad Tahil atau lebih dikenali sebagai Zizi Kirana, 34, dia tidak mempunyai masalah dengan perkara tersebut bahkan bekas ahli kumpulan The Fabulous Cats ini turut mendedahkan bahawa dia pernah dihimpit orang-orang kenamaan.

“Saya tidak kecil hati, malah saya tidak terfikir untuk menutup ruangan komen atau menyekat mereka daripada laman Instagram. Biarlah apa mereka nak kata, saya terima sahaja. Malah, saya beri kebebasan kepada mereka untuk menulis apa jua komen.

“Ada juga orang kenamaan dan VVIP yang meninggalkan mesej-mesej nakal, ajak berasmara, nak berkawan rapat dan mahu `mengangkut’ saya ke sana sini. Tapi saya buat tak layan sebab pada saya mereka itu sebenarnya gila.

“Di luar mereka kata saya jahil sebab seksi tapi sebenarnya otak mereka yang tak betul,” jelas Zizi yang popular dengan lagu Nak Ke Tak Nak.

Tidak pernah berasa dirinya seksi, jelas Zizi, dia pelik kerana kerap kali dikecam apabila memuat naik gambar dalam laman sosial. Baginya penampilan itu hanya biasa-biasa dan dia langsung tidak berniat mahu mencetuskan kontroversi.

“Orang rasa seksi tapi saya rasa biasa saja. Saya takkan ubah atau ikut kata orang, saya tetap akan memakai pakaian yang saya rasa selesa,” jelasnya.

Mengakui lebih selesa hidup sendiri setelah hampir tujuh tahun putus cinta, jelas Zizi, dia mahu menjaga ibu dan keluarga terlebih dahulu sebelum memikirkan soal rumah tangga.

“Dulu saya pernah terfikir untuk berkahwin pada usia 25 tahun, tapi impian saya tidak tercapai. Bila dah terlepas usia tersebut, saya rasa seperti malas pula nak cari kekasih.

“Mungkin sebab saya sudah terlalu selesa dengan keadaan sekarang atau mungkin juga kerana saya susah nak percayakan lelaki,” luahnya yang pernah bekerjasama dengan rapper popular, Malique menerusi lagu Rahsia dan Terkemuka.

Dalam perkembangan kerjaya, Zizi sangat gembira dengan penerimaan peminat terhadap lagu-lagunya sebelum ini, namun dalam masa sama dia perlu mengekalkan momentum itu untuk mencapai hasil yang lebih memuaskan tahun ini.

“Saya berharap tahun ini nama saya lebih dikenali dan muzik saya lebih diterima dan dikeluarkan dalam semua platform muzik tanah air,” kata Zizi.

Sumber: Utusan Online