WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

BIAR TIDAK POPULAR, ZEE AVI DAN NJWA JANJI PERSEMBAHAN TERBAIK

Gandingan sulung Zee Avi dan Najwa Mahiaddin atau Njwa dijangka mampu memberi impak luar biasa


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Perbezaan genre muzik bukan kekangan dua figura tempatan bertaraf antarabangsa untuk memacu Konsert Zee Avi + Njwa yang bakal diadakan sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada 22 Mac depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Gandingan sulung Zee Avi dan Najwa Mahiaddin atau Njwa dijangka mampu memberi impak luar biasa memandangkan kedua-duanya bukanlah nama yang asing dalam mengalunkan muzik mereka sehingga ke pentas antarabangsa.

Berkonsepkan sofistikated, klasik dan elegan, konsert anjuran FM Showlab Ventures itu tidak hanya ditunggu-tunggu oleh peminat, malah debaran turut dirasai oleh Zee Avi dan Njwa dalam persembahan selama dua jam.

NJWA mula dikenali pada tahun 2011 sebagai penyanyi dan penerbit sebelum menggondol anugerah Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik melalui Anugerah Industri Muzik ke-18.

Zee Avi mula mencipta nama sebagai penyanyi pada tahun 2009 melalui album Zee Avi dengan mempertaruhkan single bertajuk Bitter Heart.

Penyanyi kelahiran Sarawak itu turut mendapat pengiktirafan antarabangsa sehingga dinobat sebagai penerima The International Youth Icon Award pada tahun 2011.

Gabungan duo Zee Avi dan Njwa pasti menggegarkan pentas dengan gaya trendy serta klasik bertaraf antarabangsa.

Tiket-tiket sudah mula dijual oleh AirAsia Red Tix pada harga bermula RM388 (meet and greet), RM259 (diamond), RM205 (platinum), RM169 (gold), RM115 (silver) dan RM88 (bronze).

Sumber: AWANI