• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

BAYI HIDAP PENYAKIT JANTUNG PERLU BANTUAN

Persatuan Amal dan Kebajikan Shan Xin Malaysia memohon sumbangan orang ramai bagi membantu membiayai kos pembedahan bayi perempuan berusia dua minggu


Back To Whats Hot

KUCHING: Persatuan Amal dan Kebajikan Shan Xin Malaysia memohon sumbangan orang ramai bagi membantu membiayai kos pembedahan bayi perempuan berusia dua minggu, Nur Aisha Umairah Mohamud Adha.

Nur Aisha, dilahirkan dengan penyakit jantung yang serius dan kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana memerlukan bantuan alat pernafasan disebabkan kegagalan jantung.

Keadaan ini memerlukan Nur Aisha melakukan pembedahan segera di Institut Jantung Negara namun ibu bapa kepada bayi itu tidak mampu menanggung kos pembedahan yang dianggarkan menelan kos RM100,000.

Bapa Nurs Aisha, Mohamud Adha Seruji, 32, hanya bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan kira-kira RM800 sebulan manakala ibunya, Rosma Mohd Hamzah, 25, suri rumah.

Selain Nur Aisha, pasangan berkenaan mempunyai dua lagi anak masing-masing berumur tujuh tahun dan empat tahun yang turut memerlukan perhatian daripada pasangan ini.

Mereka yang ingin menghulurkan bantuan kepada pasangan ini boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank (562021623292) Persatuan Amal Shan Xin Kajang, Selangor.

Sebarang pertanyaan atau sumbangan juga boleh menghubungi ahli jawatankuasa di Kuching, Chang  Chee Hong di talian 016-8625003.

Sumber: Utusan Borneo