WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

GAMBAR TELUR TERIMA 'LIKE' TERTINGGI DI INSTAGRAM, TEWASKAN KYLIE JENNER

Gambar sebiji telur menjadi gambar yang memperoleh 'likes' paling tinggi di Instagram, menewaskan rekod yang dipegang selebriti sensasi


Back To Whats Hot

Gambar telur menjadi gambar yang memperoleh likes (sukaan) paling tinggi di Instagram, menewaskan rekod yang dipegang oleh selebriti sensasi, Kylie Jenner.

Dimuat naik pada 4 Januari lalu menerusi akaun 'world_record_egg', gambar serba ringkas itu menerima lebih 26 juta likes.

Rekod itu sebelum ini dipegang oleh foto anak Kylie, Stormi yang dimuat naik oleh Kylie pada Februari tahun lalu, dengan catatan 18.1 juta likes.

 

 

Menurut portal Buzzfeed, imej itu menewaskan foto Kylie pada petang Ahad (13 Jan). Foto tersebut mendapat purata satu juta likes sejam sebelum ia menjadi gambar yang paling disukai.

Difahamkan, imej itu menjadi satu-satunya gambar objek yang tersenarai dalam senarai 20 gambar dengan jumlah likes tertinggi.

Senarai 20 itu dibarisi beberapa selebriti terkenal dunia seperti Selena Gomez, Beyonce dan pemain bola Cristiano Ronaldo.

Sementara itu, Kylie menerusi laman Instagram memberi reaksi terhadap berita itu. Dengan memuat naik sebuah video, selebriti itu dilihat 'memecahkan' telur di jalan raya. 

"Take that little egg," tulis Kylie.

 

View this post on Instagram

Take that little egg

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

 

Sumber: AWANI