WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SITI NURHALIZA TAK MINAT MASUK POLITIK, LEBIH TENANG JADI ARTIS

Datuk Seri Nurhaliza berkata beliau tidak akan memasuki dunia politik dalam usianya kini yang bakal mencecah 40 tahun pada 11 Januari ini


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR : Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Nurhaliza berkata beliau tidak akan memasuki dunia politik dalam usianya kini yang bakal mencecah 40 tahun pada 11 Januari ini.

Jelasnya, beliau lebih selesa menjadi seorang artis dengan menghiburkan peminat.

"Tidak, tidak (masuk politik). Hati tenang, hati senang apabila jadi artis, menghiburkan orang dengan cara sendiri, dapat turun jumpa masyarakat, menolong mana yang boleh, itu saya rasa lebih menyenangkan," katanya dalam sidang media selepas tampil dalam program siaran langsung Go Shop selama 2 jam di Astro Bukit Jalil di sini pada Ahad.

Pada masa sama, katanya, pada usia 40 tahun, penyanyi kelahiran Pahang ini mahu mengekalkan apa yang dimilikinya hari ini dan pada masa sama memberi sumbangan balik kepada masyarakat.

"Saya akan melakukan kerja secara konsisten dan kawal kualiti kerja dan lebih dekat dengan masyarakat dengan terlibat dengan aktiviti masyarakat apabila saya dilantik dalam ASWARA dan Yayasan Pintar juga adalah salah satu sumbangan saya kepada masyarakat dengan memberi semula kepada mereka," tambahnya.

Bagi Pengasas produk kosmetik SimplySiti ini, populariti seorang artis itu akan datang sendiri, namun pada usia 40 tahun, beliau mahu menumpukan kepada aspek kesihatan selepas bekerja keras semasa mula-mula menjadi penyanyi.

"Yang penting saya mahu kesihatan baik, matang dan 40 tahun usia yang saya telah capai fasa untuk menjadi ibu , dan menjaga kesihatan serta ibadat," ujarnya.

Sumber: AWANI