WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

LEONARDO DICAPRIO BERI KETERANGAN SKANDAL 1MDB

Leonardo DiCaprio baru-baru ini muncul secara rahsia di mahkamah untuk memberi keterangan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB)


Back To Whats Hot

WASHINGTON: Aktor Hollywood, Leonardo DiCaprio baru-baru ini muncul secara rahsia di mahkamah untuk memberi keterangan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ia adalah sebahagian daripada proses siasatan yang dijalankan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ), lapor Washington Post.

Menurut sumber terdekat, tidak dapat disahkan maklumat yang dikongsi DiCaprio kerana prosiding juri dijalankan secara rahsia. Pihak berkuasa juga berjaya membawanya masuk dan keluar dari mahkamah persekutuan tanpa menarik perhatian.

Laporan itu berkata, pendakwa menganggap DiCaprio sebagai seorang saksi yang boleh memberikan pandangan berguna mengenai ahli perniagaan Malaysia dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang didakwa menggelapkan berbilion ringgit dana pelaburan negara itu.

Dia juga didakwa menggunakan dana berkenaan untuk membiayai kempen melobi untuk menamatkan siasatan berkenaan.

Bagaimanapun, DiCaprio bukanlah sasaran utama siasatan itu.

Jurucakap DoJ dan seorang wakil DiCaprio juga enggan mengulas lanjut.

Jurucakap DiCaprio sebelum ini berkata bahawa pelakon itu bekerjasama dengan siasatan dan menyokong sepenuhnya semua usaha bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

DoJ melancarkan satu siasatan berikutan dakwaan bahawa dana awam Malaysia yang dicuri itu digubah secara haram melalui sistem kewangan Amerika Syarikat.

Jabatan itu turut memfailkan tuntutan saman kira-kira AS$1.7bilion (RM7bilion) membabitkan aset yang didakwa dibeli dengan dana berkenaan.

1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah dana pelaburan negara yang dilancarkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009 sejurus selepas menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sumber: Berita Harian