WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

REZEKI MELIMPAH BUAT ALTIMET SELEPAS UMUM BERSARA

Altimet tidak sangka dia ditawarkan menjadi pelakon dan pengacara program TV


Back To Whats Hot

Pengumumannya meninggalkan bidang seni suara memberikan hikmah buat artis popular, Altimet.

Ada banyak rezeki lain yang dipanjangkan kepada Altimet antaranya tawaran untuk berlakon dan peluang menjadi pengacara program TV.

Menurut penyanyi rap, penulis lagu dan produser itu, pada masa ini, dia sedang mempertimbangkan beberapa peluang yang ditawarkan kepadanya.

Katanya, persaraannya sebagai penyanyi pada tahun hadapan tidak bermaksud dia akan menghilang dari industri, sebaliknya dia mungkin muncul dalam bidang lain selain nyanyian.

"Saya telah menerima beberapa tawaran untuk berlakon dan mengacarakan program TV, namun saya sedang pertimbangkan perkara itu.

"Walaupun saya akan bersara sebagai seorang penyanyi, namun saya mungkin akan muncul dalam bidang lain selain nyanyian.

"Buat masa ini, saya sedang sibuk membuat persiapan untuk konsert terakhir saya, The Last Altimet Show yang akan berlangsung pada 16 Februari tahun hadapan," katanya kepada Gempak baru-baru ini.

Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur itu bakal menyaksikan persembahan akhir Altimet sebagai seorang penyanyi.

Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert ini, tiket terhad Early Bird boleh didapati bermula harga RM 59 (presale) dan RM 109 (at door). Tiket terhad Eearly Bird ini boleh didapati menerusi altimet.com.my/Concert bermula 21 Disember 2018.

Sumber: AWANI