WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

RAJA ILYA SAH ISTERI TRENT GARRETT, BAKAL ADAKAN RESEPSI DI MALAYSIA

Majlis pernikahan itu diadakan di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak


Back To Whats Hot

Pelakon Raja Ilya sah bergelar isteri kepada lelaki warga Australia dikenali sebagai TWG atau Trent, 37 pada 23 Disember lalu.

Beliau berkata, majlis pernikahan itu diadakan di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

"Syukur, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Majlis ini dilakukan secara tertutup dan dihadiri keluarga serta kenalan terapat sahaja.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya berharap kenalan dan peminat doakan jodoh kami kekal selamanya," katanya menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Ilya, 33 tahun turut memuat naik foto majlis perkahwinannya di Instagram.

Sumber: AWANI