WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

MILEY CYRUS, LIAM HEMSWORTH, SUDAH BERKAHWIN?

Majlis perkahwinan Miley Cyrus dan Liam Hemsworth dilaporkan berlangsung secara kecil-kecilan itu pada malam Krismas lalu


Back To Whats Hot

Bekas bintang Disney, Miley Cyrus, dan aktor Liam Hemsworth, dilaporkan telah berkahwin.

Majlis kecil-kecilan itu dilaporkan berlangsung pada malam Krismas lalu dan hanya dihadiri tidak lebih daripada 20 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan terdekat.

Laporan portal ET Online menyebut, ibu bapa serta adik Cyrus, bintang pop, Noah Cyrus, juga hadir di majlis yang berlangsung di rumah pasangan itu di Tennessee, Amerika Syarikat.

Beberapa foto dan video dimuat naik ke akaun Instagram rakan mereka, Conrad Jack Carr, memaparkan kemeriahan majlis berkenaan.

Dalam satu temubual beberapa bulan lalu, Cyrus yang tidak gemar membicarakan hal hubungannya dengan Hemsworth, menyifatkan pelakon The Hunger Games itu sebagai kekuatannya.

"Dia bukan setakat teman lelaki saya, tetapi dia juga kekuatan saya.

"Itulah tujuan hidup berpasangan. Dia merupakan support system yang hebat dan sentiasa ada di samping saya, saat susah dan senang," kata Cyrus ketika ditemubual dalam program Howard Stern Show.

Cyrus, 26, dan Hemsworth, 28, berkenalan pada 2010 ketika membintangi filem The Last Song.

Mereka kemudiannya bertunang pada 2012, namun hubungan mereka dikatakan retak setahun kemudian.

Pada 2015, pasangan itu dilaporkan kembali menjalin hubungan.

Sumber: AWANI