WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

KAKA NIKAH MALAM INI

Penyanyi Kaka Azraff bakal bernikah dengan kekasihnya Adam Azriff yang juga ahli perniagaan malam ini


Back To Whats Hot

Penyanyi Kaka Azraff bakal bernikah dengan kekasihnya Adam Azriff yang juga ahli perniagaan malam ini di Klang, Selangor.

Perkara itu disahkan ibu saudara Kaka iaitu Jojie Aminuddin yang juga pengurus kepada Ratu Rock negara, Ella.

Jojie ketika dihubungi berkata, majlis yang bakal berlangsung secara tertutup itu membabitkan keluarga dan orang terdekat kedua belah pihak sahaja.

“Betul, Kaka akan bernikah malam ini. Cuma majlis membabitkan keluarga kedua belah pihak saja. Insya-Allah, majlis bersanding nanti baru jemput ramai.

“Saya gembira untuk mereka. Lagi pula, tahun depan Kaka sudah nak masuk usia 30 tahun. Saya bersama keluarga lain sentiasa menyokong kerana kahwin adalah perkara baik.

“Bakal suami Kaka juga seorang yang baik, matang dan hormat orang tua. Kami sekeluarga sayangkannya. Saya doakan semoga ikatan perkahwinan mereka kekal hingga ke jannah,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff menerusi Instagram semalam memuat naik status yang seolah-olah menggambarkan majlis yang bakal berlangsung.

“Saya akan senyum seperti ini esok (hari ini),” tulisnya.

Gambar yang dimuat naik disertakan #grateful #syukur #family #love

Status dimuat naik itu turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan artis.

Terdahulu, Kaka dilapor bakal berkahwin dalam tempoh terdekat namun enggan berkongsi butiran lanjut.

Keluarga pihak lelaki menghantar rombongan merisik pada 29 November lalu.

Difahamkan Kaka dan teman lelaki mula berkawan sejak setahun lalu.

Sementara itu, Ella menerusi Instagram memuat naik gambar yang seakan mengesahkan lagi majlis pernikahan anak saudaranya itu malam ini.

“Tak sabar nak tunggu malam ini,” tulis Ella ringkas.

Sumber: Harian Metro