WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

AKHIRNYA DUET JOE FLIZZOW, JAY PARK BAKAL KEDENGARAN

Akhirnya peminat dapat mendengar lagu duet nyanyian Joe Flizzow dan penyanyi Korea, Jay Park tidak lama lagi


Back To Whats Hot

Selepas hampir dua tahun, akhirnya lagu duet Joe Flizzow dan penyanyi Korea, Jay Park akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menerusi kemas kini dari Jay Park sendiri, penyanyi kacak tinggi lampai itu berkongsi senarai lagu untuk album terbaharunya The Road Less Traveled.

"Imma get back to my R&B sh*t after this one drop. This one gon make you look at me different," tulis Jay Park menerusi Instagram dan Twitternya.

 

 

Daripada senarai 15 buah lagu yang dimuatkan dalam album itu, salah satu trek duetnya menampilkan rapper popular tanah air, Joe Flizzow.

Lagu yang diberi judul Twisted Dream's itu antara lainnya menampilkan Jay Electronica dan DJ Wegun.

Joe turut mengulang siar Tweet yang ditulis Jay Park.

"Malaysia, please get ready," tulisnya.

Sumber: AWANI