WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

CITYONE MEGAMALL: KERAJAAN NEGERI MENZAHIRKAN UCAPAN TAKZIAH - DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, insiden yang berlaku amat menyedihkan sehingga mengorbankan nyawa


Back To Whats Hot

KUCHING: Kerajaan negeri menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga tiga mangsa insiden runtuhan siling dipercayai akibat letupan gas di City One sekitar jam 3.30 petang semalam.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, insiden yang berlaku amat menyedihkan sehingga mengorbankan nyawa selain mencederakan 26 mangsa.

Menurutnya, Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak turut dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengesan sekiranya masih ada mangsa terperangkap.

Ujarnya, laporan terperinci mengenai insiden tersebut termasuk melibatkan punca sebenar kejadian hanya dapat diketahui selepas segala proses yang dijalankan agensi terbabit selesai.

Kejadian itu mengorbankan O Kui Lim 49, dan Tchee Kiom Joong, 24, yang masing-masing berasal dari Kuching serta seorang warga Pulau Pinang, Chin Hsien Loong, 29.

Dalam kejadian itu, dilaporkan 26 orang cedera termasuk empat individu yang cedera parah. 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak (JBNS) berkata demikian selepas meninjau lokasi bencana malam tadi.