• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

CATS PREBIU

01.00pm - 02.00pm

SILAP SAYA SEBAB TAK PEKA - HAQIEM RUSLI

Haqiem juga memohon maaf apabila tindakannya mahu mengekalkan identiti diri sebagai penyanyi


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Haqiem Rusli mengakui kesilapannya kerana tidak peka apabila memakai cermin hitam dan menggunakan airpods ketika menyertai program amal, Sabtu lalu.

Haqiem juga memohon maaf apabila tindakannya mahu mengekalkan identiti diri sebagai penyanyi mengundang salah faham ramai hingga dianggap biadap oleh segelintir netizen.

“Silap saya kerana tidak sensitif dan terlalu ghairah mengekalkan identiti diri hingga terlupa persekitaran di mana saya berada.

“Saya sudah terbiasa menggunakan airpods untuk memudahkan saya menjawab panggilan telefon, tetapi ramai yang salah anggap dan menyangka saya sedang mendengar lagu.

“Saya minta maaf jika cara saya itu tidak disenangi ramai,” katanya.

Nama penyanyi yang popular dengan lagu Jatuh Bangun itu kembali panas apabila diselar peminat kerana dikatakan berlagak dan tidak pandai membawa diri ketika menziarahi sebuah rumah asnaf, baru-baru ini.

Lantaran kutukan dan kecaman yang bertalu diterimanya, Haqiem mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada terus aktif di laman Twitter.

“Akaun laman sosial itu masih wujud, cuma saya mengambil keputusan untuk berehat seketika bagi meredakan keadaan,” katanya.

Selain Haqiem, program amal GPH Kongsi Rezeki itu turut disertai Aizat Amdan dan Ajak Shiro.

Sumber: Berita Harian