• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

CATS PREBIU

01.00pm - 02.00pm

PENCIPTA WATAK SPONGEBOB, STEPHEN HILLENBURG MENINGGAL DUNIA

Selain mencipta watak yang menjadi kegemaran ramai itu, Hillenburg juga mengarahkan filem The SpongeBob SquarePants pada tahun 2004


Back To Whats Hot

Pencipta watak kartun, SpongeBob SquarePants, Stephen Hillenburg, meninggal dunia pada Isnin pada usia 57 tahun.

Khabar itu disahkan Nickelodeon, yang menjadi penyiar siri kartun tersebut sejak tahun 1999.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata punca kematian Hillenburg adalah penyakit saraf motor ALS, iaitu penyakit yang didiagnosis dan telahpun didedahkan kepada umum pada Mac tahun lalu.

Selain mencipta watak yang menjadi kegemaran ramai itu, Hillenburg juga mengarahkan filem The SpongeBob SquarePants pada tahun 2004.

 

 

Kenyataan rasmi Nickelodeon itu menambah: “Hillenburg menyuntik elemen unik pada SpongeBob SquarePants dengan humor dan kenaifan, yang membawa keseronokan kepada generasi kanak-kanak dan seisi keluarga di mana-mana saja.

“Watak-watak tulen itu akan selamanya menjadi peringatan tentang nilai optimis, persahabatan dan kuasa imaginasi yang tiada batasnya.”

 

Watak Spongebob sangat dikenali oleh kanak-kanak dan seisi keluarga di seluruh dunia. - Gambar fail

 

Netizen seluruh dunia menerima berita kematian itu dengan penuh rasa dukacita, dengan rata-ratanya mengimbas momen ‘keseronokan bergelak ketawa yang menambahkan seri kehidupan’.

Hillenburg meninggalkan seorang balu, Karen Hillenburg, dan seorang anak lelaki, Clay.

Siri kartun SpongeBob SquarePants mempunyai lebih daripada 200 episod selain berkembang menjadi dua buah filem serta sebuah muzikal Broadway.

Sumber: AWANI