WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

ISMAIL SANGGUP TANGGUHKAN PEMBEDAHAN KERANA KERJA

Ismail yang popular dengan lagu Luar Biasa ini, keputusan itu dibuat kerana terikat dengan komitmen kerja yang sudah dipersetujui terlebih awal


Back To Whats Hot

Penyanyi remaja, Ismail Izzani sanggup berdepan risiko apabila menangguhkan pembedahan tonsil yang sepatutnya dilakukan segera.

Ismail yang popular dengan lagu Luar Biasa ini, keputusan itu dibuat kerana terikat dengan komitmen kerja yang sudah dipersetujui terlebih awal.

"Selagi tidak menjalani pembedahan, saya akan mengalami masalah yang sama, terutama demam setiap bulan.

“Cuma, kebelakangan ini, saya kurang berdepan masalah kesihatan kerana sentiasa makan ubat, selain mengikut nasihat doktor supaya menjaga pemakanan.

“Selepas pembedahan, saya terpaksa berehat selama tiga bulan, sedangkan ketika ini banyak program menanti. Jadi, saya ambil keputusan melakukannya pada Januari depan,” katanya.

Bukan saja terpaksa menangguhkan pembedahan, penyanyi berusia 18 tahun ini turut menunda hasrat menyambung pelajaran kerana komitmennya itu.

Terdahulu Ismail bersama 10 penyanyi lain beraksi pada peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik Ke-33 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi.

Anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam ini mempertaruhkan lagu, Demi Kita hasil ciptaan bersama Omar K, Ezra Kong dan Adib Hamdi.

Persaingan minggu kedua itu menyaksikan lagu nyanyian Ara Johari, Bunga ciptaan Hand Nadim, Laq dan Kadok diangkat sebagai Lagu Terbaik.

Sumber: Berita Harian