WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

HAILEY BALDWIN KINI HAILEY BIEBER

Media melaporkan pasangan itu sudah berkahwin September lalu, namun tiada pengesahan daripada kedua-duanya


Back To Whats Hot

Model Hailey Baldwin, 21, mengesahkan status perkahwinannya dengan penyanyi Justin Bieber, 24, apabila menukar nama keluarganya kepada Bieber di akaun Instagram.

Biodatanya di laman sosial yang memiliki lebih 15 juta pengikut itu kini tertulis Hailey Rhode Bieber.

Bagaimanapun, Hailey masih menggunakan nama Baldwin untuk akaun Twitter dan Facebook.

Portal TMZ melaporkan, Hailey sebelum ini mengemukakan permohonan untuk mendaftarkan namanya sebagai Hailey Bieber, dan berhasrat menggunakan nama itu untuk projek label fesyen miliknya yang masih di peringkat perancangan.

Sebelum ini, media melaporkan pasangan itu sudah berkahwin September lalu, namun tiada pengesahan daripada kedua-duanya.

Pasangan itu bertunang Julai lalu.

Sumber: AWANI