WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

LPF SAHKAN 'POLIS EVO 2' LULUS BERSIH, DITAYANG DENGAN KLASIFIKASI P13

Filem yang diterajui Zizan Razak dan Shaheizy Sam itu akan mula ditayangkan di seluruh negara 22 November ini


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Filem Polis Evo 2 diklasifikasikan lulus bersih (LB) oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan tidak mempunyai sebarang isu untuk ditayangkan mengikut jadual.

Menerusi satu kenyataan media, LPF memaklumkan filem berkenaan tidak mengandungi sebarang elemen yang boleh ditafsirkan sebagai memberi imej buruk kepada agama Islam.

"Tiada percanggahan dengan mana-mana peruntukan Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri, dan diluluskan untuk tayangan dengan klasifikasi P13," kenyataan itu menyebut.

Sebelum ini, terdapat dakwaan daripada beberapa pihak bahawa filem arahan Joel Soh dan Andre Chiew itu memberi gambaran buruk tentang Islam, menerusi watak Hafsyam Jauhari lakonan Hasnul Rahmat yang membawa imej Islamik dengan pemakaian serban.

Filem yang diterajui Zizan Razak dan Shaheizy Sam itu akan mula ditayangkan di seluruh negara 22 November ini.

Polis Evo 2 mengisahkan tentang misi pengintipan yang diketuai Inspektor Sani, lakonan Zizan dan Inspektor Khai (Shaheizy) di sebuah pulau terpencil di Pantai Timur. Misi itu berdepan cabaran apabila sekumpulan pengganas menyerang dan menawan pulau tersebut.

Sumber: AWANI