WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

SEBAR MUNAFIK 2 DI LAMAN SOSIAL, KENA SAMAN RM100,000

Keghairahan kita menantikan filem baru ditayangkan lagi-lagi filem tempatan adalah satu perkara yang sangat positif


Back To Whats Hot

Keghairahan kita menantikan filem baru ditayangkan lagi-lagi filem tempatan adalah satu perkara yang sangat positif. Ia menjadi tidak positif apabila ada pihak yang bertindak memuatnaik secara haram filem berkenaan ke laman sosial. Tidak berdiam diri, Skop Production berjaya membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.

 

View this post on Instagram

Sy dah warning sebelumni jangan sebarkan clip/full movie Munafik 2 di media social,tapi degil. Akhirnya mahkamah jatuh hukum pd pesalah utk membayar ganti rugi Rm 100 ribu kpd pihak Skop Productions. . Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama sebarkan clip/full movie filem di media social. . WAHAI FINAS,WAHAI KERAJAAN BARU, TOLONGLAH BUKA MATA ISU CETAK ROMPAK FILEM TEMPATAN YG TAKDE KESUDAHAN NI. SAMA ADA CETAK ROMPAK TEPI JALAN ATAU PUN MEDIA SOCIAL. KITA PERLUKAN UNDANG2 BARU YG LEBIH KETAT. . @munafik2movie "Taiping, 13 November - Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, Plaintif-Plaintif serta Defendan telah merekodkan perintah-perintah dan hendaklah membayar sebanyak RM 100,000 kepada Skop Productions, dan dihalang daripada melanggar hakcipta untuk filem Munafik 2; memuat naik filem Munafik 2 dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan. . #munafik2 #hakcipta Video Credit: @thehitmannazri

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

 

“Saya berharap lebih ramai individu yang melakukan jenayah ini dibawa ke muka pengadilan. Kami mengambil tindakan ini bukan hanya untuk syarikat produksi sendiri, tetapi mewakili industri perfileman tanah air”

“Ramai yang tidak tahu tindakan memuat naik filem tanpa keizinan adalah kesalahan jenayah dan pihak kami bertindak juga hanya mengikut saluran undang-undang,” kata Syamsul Yusof kepada Harian Metro. Malah menerusi perkongsian statusnya di laman sosial, Syamsul menyatakan bahawa selepas ini ramai lagi akan kena.

Mahkamah Tinggi Taiping memerintahkan individu yang bersalah membayar sebanyak RM100,000 kepada Skop Productions selain turut dihalang melanggar hak cipta plaintif-plaintif untuk filem Munafik 2, memuat naik dan mana-mana bahagian daripada filem berkenaan dalam apa-apa bentuk dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan plaintif-plaintif.

Malah menurut Syamsul, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) perlu betul-betul bertindak dan tegas bagi memastikan perkara sebegini dapat dibanteras sebaiknya. Semoga industri filem tempatan kembali mendapat tempat di hati peminat dan dizahirkan melalui kehadiran ke panggung wayang.

Sumber: ROTIKAYA