WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST

06.00am - 10.00am

NENEK SHARIFAH SAKINAH MENINGGAL DUNIA, TUTUP IG BUAT SEKETIKA

Menurut perkongsian di Instagramnya, nenek Sakinah, Sharifah Zainab Syed Ali Al Hadad meninggal dunia ketika tidur


Back To Whats Hot

Pelakon Sharifah Sakinah berkongsi rasa pilu apabila kehilangan neneknya tercinta malam tadi.

Menurut perkongsian di Instagramnya, nenek Sakinah, Sharifah Zainab Syed Ali Al Hadad meninggal dunia ketika tidur.

"Al-fatihah buat Sharifah Zainab Syed Ali Al Hadad, nenek saya tercinta yang telah meninggal dunia ketika tidur malam tadi.

"You will be missed Tok.

"Profil IG saya akan ditutup buat sementara sepanjang tempoh berkabung," tulisnya di Instagram pagi tadi (Jumaat).

 

 

Peminat dan rakan artis turut berdukacita atas kehilangan keluarga pelakon itu.

Semoga roh nenek Sakinah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Amin... Al-fatihah.

Sumber: AWANI