Majalah tertua di Malaysia iaitu Majalah Mastika akhirnya bakal menghentikan pengeluaran pada edisi terakhir November 2018 selepas 77 tahun beroperasi.
Rata-rata netizen meluahkan rasa sedih kerana menganggap majalah terbitan Utusan Karya Sdn Bhd itu mempunyai nilai sentimental tersendiri dalam kehidupan mereka.
Assalamualaikum, ya betul tentang berakhirnya Mastika, selama 77 tahun kami bertahan, dan ini adalah Majalah terakhir Mastika. Terima Kasih atas sokongan mahupun teguran dan kebencian. Insha Allah berhenti hanya sementara atau selamanya. Semoga peminat Mastika dilimpahkan rahmat. pic.twitter.com/J9hnkDhsZz
— Majalah Mastika (@MajalahMastika) November 4, 2018
Malah, pengacara sensasi Neelofa turut mengucapkan terima kasih kepada majalah berkenaan yang memberi banyak kenangan kepadanya ketika menuntut di asrama.
"Zaman duduk di asrama boleh dikatakan buku peneman di hujung minggu. Terima kasih untuk segala memori indah Majalah Mastika!," tulisnya di Twitter.
zaman stay di asrama, boleh dikatakan antara buku peneman di hujung minggu. Thank you for all the wonderful memories Majalah Mastika! https://t.co/WXKzIQsgCk
— Neelofa (@Neelofa) November 4, 2018
Pengumuman yang dibuat majalah itu di laman sosial @MajalahMastika telah mendapat lebih empat ribu ulang kicau (retweet) dan seratus komen.
"Assalamualaikum, ya betul tentang berakhirnya Mastika, selama 77 tahun kami bertahan, dan ini adalah Majalah terakhir Mastika.
"Terima Kasih atas sokongan mahupun teguran dan kebencian. Insha Allah berhenti hanya sementara atau selamanya. Semoga peminat Mastika dilimpahkan rahmat," tulisnya.
Netizen mengucapkan selamat tinggal dan berkongsi kenangan manis mereka dengan majalah tersebut.
Majalah Mastika merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan secara bulanan. Ia merupakan sebuah majalah yang bercorak kisah misteri, seram, masyarakat dan pengetahuan umum.
Ada yang kata kami kalah dengan platform media sosial, tidaklah. Mastika masih ada peminatnya yang tersendiri. Mungkin, ini adalah cuti panjang atau berehat selamanya Mastika. Kami doakan, semoga peminat mastika berjaya di dunia dan di akhirat dan peroleh rezeki yg meluas, Amin.
— Majalah Mastika (@MajalahMastika) November 4, 2018
Majalah Mastika mula dikeluarkan pada 1 Jun 1941 dan sepanjang penerbitannya, ia telah dikemudi dan diperkemas oleh beberapa orang tokoh.
Tokoh-tokoh tersebut merangkumi Abdul Rahim Kajai sebagai pengarang pertama, kemudian diikuti oleh Tan Sri Abdul Samad Ismail, Munir Ghazali, A. Samad Said dan Zainol Fakir.
Majalah ini mendapat sambutan masyarakat telah memegang rekod jualan tertinggi selama sepuluh tahun berturut-turut.
Mastika memegang rekod sebagai majalah tertua dan edarannya pernah mencecah 300,000 naskhah sebulan.
Pada mulanya Mastika diterbitkan lebih bercorak pendidikan namun selepas ia diambil alih oleh Zainol Fakir pada pertengahan 1990-an, ia diubah kepada kandungan berunsur seram.
Sumber: mStar Online
I would love to receive more updates from CatsFM !