WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

CUKAI 5% TERHADAP SEMUA AKTIVITI PETROLEUM DI SARAWAK

Menurut Abang Johari, hasil pendapatan baharu ini bakal mensasar rekod hasil melebihi RM10 bilion pada 2019


Back To Whats Hot

KUCHING: Sarawak akan melaksana cukai jualan 5 peratus terhadap segala aktiviti petroleum di negeri berkenaan berkuat kuasa 1 Januari depan.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg mengumumkan perkara itu dalam pembentangan Bajet Sarawak 2019 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Menurut Abang Johari, levi cukai berkenaan akan dikenakan ke atas beberapa sumber termasuk minyak mentah, gas mentah, gas asli cecair, baja berasas kimia dan gas produk cecair yang mampu menghasilkan pendapatan sejumlah RM3.897 bilion.

Pelaksanaan cukai tersebut katanya, yang adalah berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan di dalam Jadual 10 Bahagian Lima Kurungan 7, bahawa Kerajaan Negeri dibenarkan mengenakan cukai jualan negeri di bawah Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi Sarawak berkata, perolehan yang lebih tinggi dijangka dari aliran hasil baharu.

Ia termasuk penjanaan menerusi sumber pendapatan lain serta alternatif pembiayaan yang akan membantu Kerajaan Negeri meneruskan semua program pembangunan dan projek utama, termasuk yang dibatalkan Kerajaan Persekutuan.

“Kami akan meneruskan usaha-usaha kami dalam mempelbagaikan hasil dalam negeri berdasarkan peruntukan undang-undang yang mampu merancak pembangunan dalam usaha kami mencapai visi Sarawak sebagai sebuah negeri berpendapatan tinggi pada 2030,” katanya.

Menurut Abang Johari, hasil pendapatan baharu ini bakal mensasar rekod hasil melebihi RM10 bilion pada 2019, manakala bajet 2019 mensasar lebih belanjawan sejumlah RM122 juta.

“Lebihan belanjawan mampu membolehkan negeri ini untuk terus meningkatkan rizab kewangannya,” kata Abang Johari.

Beliau turut menafikan spekulasi bahawa beliau akan menggunakan RM31 bilion dari rizab kewangan negeri.
Dari bajet keseluruhan, 76 peratus atau RMRM9.073 bilion akan digunakan untuk perbelanjaan pembangunan, terutamanya di kawasan luar bandar.

Sumber: AWANI